Wednesday, 18 September 2013

Siapa Lokman Adam

Assalamualaikum sahabat perwakilan semua yang bakal membuang undi pada 12 Oktober 2013 nanti. Dalam perebutan kerusi panas Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada kali ini antara Lokman Adam, Jamawi Jaafar, AzwanBro dan Iruan masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dan semuanya menyumbang tenaga, wang ringgit, masa untuk memenangkan parti. Tapi antara yang baik kita perlulah memilih yang terbaik kerana kerusi tersebut hanya untuk seorang sahaja.

Populariti yang ada pada hari ini jelas memihak kepada Saudara Lokman Adam. Dan oleh sebab itu lah pelbagai persepsi, tohmahan telah dilemparkan kepada Lokman Adam bagi menyekat kemaraannya kehadapan. 

Antara tohmahan yang dilemparkan kepada Lokman Adam antaranya ialah Lokman Adam bekas orang PKR yang pernah bermatian-matian mempertahankan Anwar Ibrahim dan Lokman Adam pernah juga dituduh membakar bendera UMNO. 

Memang Lokman Adam bekas orang kuat PKR tapi itu cerita dahulu sebelum dia diberi Hidayah oleh Allah swt untuk memperlihatkan kebenaran. 

 Lokman telahpun bersumpah dgn kalimah Wallahi, Wabillahi, wattallahi yg dia tak pernah bakar atau pijak bendera UMNO atau Malaysia. Dulu dia menyokong Anwar Ibrahim kerana percaya Anwar teraniaya, bila dah 6 tahun dgn PKR baru dia tahu hal sebenar

Hari ini semuanya telah berbeza. Sepatutnya kita perlu berasa bangga dengan kehadiran Lokman Adam demi untuk memperkuatkan saf perjuangan Pemuda UMNO. Semangat perjuangan nya cukup tinggi sehingga pernah ditangkap polis dan ditahan di ISA satu ketika dahulu. 

 Usah tanya orang lain, kita tanya diri kita sendiri, sanggupkah kita masuk ISA semata-mata perjuangan? Sanggupkah kita masuk Lokap kerana perjuangan? Sanggupkah kita mengadaikan nyawa sendiri kerana perjuangan? Cuba buktikan dan tunjukkan pada saya Siapakah Pemimpin Pemuda UMNO yang ada pada hari ini sanggup mengadaikan nyawa nya sendiri kerana parti?? 

 UMNO cukup lemah pada hari ini. UMNO perlu suntikan perjuangan yang betul-betul tulen. UMNO perlu kembali pada asal. Jangan kerana duit dan materialistik kita menjadi buta sehingga akhirnya kita sendiri yang menguburkan UMNO. 

 Lokman Adam tahu dia pernah bersalah pada UMNO. Dia tahu dia pernah berbuat dosa pada UMNO, tetapi sekurang-kurangnya dia telah cuba membuktikkan dengan menebus balik dosa-dosa yg pernah dia lakukan pada UMNO dengan mengadakan roadshow ceramah di Seluruh Malaysia, lakukan demonstrasi demi pertahankan kerajaan, forum, berdebat dan sebagainya. 

 Jangan kita terus menghukum dengan orang yang benar2 telah insaf dan hari ini dia telah bangkit berjuang bersama UMNO dan sumpah setianya pada UMNO cukup tinggi. 

 Kita ambil ikhtibar di Zaman Rasulullah, dimana Umar Al-Khattab suatu ketika dahulu cukup memusuhi Islam. Habis semua orang Islam dibunuhnya. Tetapi apabila datangnya hidayah Allah swt, Umar Al-Khattab memeluk Islam, akhirnya Umar Al-Khattab ini menjadi benteng utama dalam memperkuatkan tentera Islam dan digeruni pihak kafir Quraisy. 

 Saya tidak lah menganggap Lokman Adam seakan sama seperti Umar Al-Khattab tetapi sejarah Islam tersebut boleh menjadi pedoman dan renungan kita bersama pada hari ini.

 Semoga huraian ini serba sedikit dapat menghuraikan segala persoalan yg timbul. Dan apa yang terbaik dalam kita memilih pemimpin, sama2 lah kita mendirikan Solat Istiqarah, mudah2 an Allah swt memperlihatkan kebenaran dan memberi hidayah serta petunjuk kepada kita semua yang manakah satu pilihan terbaik antara pemimpin yang terbaik dikalangan yang terbaik. Wassalam.

Dari: Insan Marhaen yg sayangkan UMNO

No comments:

Post a Comment